“6.15 pagi!”
Aku terkejut melihat jam di tanganku.
”Adus... Matilah aku..”. Aku segera mencari handphone.
”Alamak.. kesian idah.. ”. Tertera 56 miskol daripada idah, mak dan ayah. Ada lebih 10 mesej yang belum dibaca. Aku segera membuka mesej-mesej tersebut.
”Idah dah sampai.Kak gee amek idah kat petronas presint 9”. Itu adalah di antara mesej yang aku terima pada jam 4.45 pagi.
”Lambatnye.. dah lama idah tunggu ni.. banyak nyamuk..”. Sedih benar ayat tu rasanya.
Aku bingkas bangun mencapai tudung, kunci rumah dan kunci kereta. Sempat jugak aku capai duit 10ringgit. Terus kereta TAA6677 meluncur laju. Kalah F1 rasanya (part ni aku tipu.. takkan lah F1 boleh kalah dengan aku.. haruslah aku menipu untuk menunjukkan kegopohan aku pada hari itu..). Terus terang aku mengaku yang aku tidak tahu adik aku menunggu di petronas yang mana satu. Ada 2 petronas di presint 9. Bantai jela.. asalkan apat pick up dia.
Aku nampak dia menunggu di petronas kedua yang aku jumpa. Stesen tu masih gelap lagi, belum dibuka. Pelik. Aku ingatkan semua stesen minyak beroperasi 24 jam.
”Haih. Cammane la aku leh buat adik aku ni menunggu..”. Ada kekesalan dihatiku..
Baru je adik aku melangkah masuk, phone dia berbunyi.. Sah-sah mak aku yang call. Sure aku kena marah, xpun kena berleter panjang.. Mmg salah aku. Aku dh tau adik aku nak datang, tapi aku tido lambat. Bukan aku segaja tido lambat..
”Gee tido lambat semalam, mak.Kul 4 pagi rasanya. Tak boleh tidur sebab kena tindih..” Aku tak berani tido malam tu sebab kena tindih. Aku bukak lampu dan tv untuk menguasai perasaan takut.. Kat kampung pun aku selalu kena tindih. Aku lebih rela tidur atas sofa daripada tido di dalam bilik. Disebabkan aku jarang balik ke rumah maka, bilik aku kosong dan terbiar. Selepas 1-2 hari kat rumah, baru aku akan tidur malam dalam bilik sendiri. Kalo tak, sori ler aku nak tido.. Dah selalu sangat kena tindih. Oops. Off topic.
Sebelum balik ke kuaters, aku singgah di Presint 8 membeli sarapan.. Sampai rumah, adik aku terus tido selepas solat. Aku hanya perhatikan dia tido..
”Sorry..”. Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
No comments:
Post a Comment