Lima perkara sebelum lima perkara:
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati
Aku hanya mengingatkan diri sendiri tentang lima perkara tersebut. Rasa terpanggil untuk muhasabah diri sendiri dan ternyata selama ini aku mengabaikan peringatan di atas. Hidup kita sebagai manusia amat singkat. Semoga kita sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk mengadap ilahi.
Khamis lalu, aku diberitahu bahawa bapa saudaraku sedang nazak di HKL. Terdetik rasa bersalah kerana tidak melawat beliau dan bertanya khabar setelah beliau diserang strok. Bapa saudaraku tinggal di KL dan aku, sebagai anak saudara yang tinggal di Putrajaya tidak melawat beliau yg terlantar di rumah. Bunyinya sedikit kejam. Oh, mmg sgt kejam..
Sejurus mendapat berita beliau sedang nazak, aku bergegas ke HKL. Aku dikategorikan sebagai seorang yang kuat semangat, tetapi lemah dalam mengawal air mata. Aku hanya mampu mendiamkan diri sambil menganggukkan kepala disaat menahan sebak semasa ditanya tujuan keluar ofis..
Alhamdulillah.. Beliau masih bernafas setelah 2 kali degupan jantung terhenti. Namun ketiadaan bekalan oksigen ke otak semasa jantung berhenti menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma. Kami hanya mampu berdoa agar beliau selamat dan tidak mengalami kerosakan otak. Beliau mula sedar pada tengah malam dan mampu tersenyum. Sebak lagi. Seingat aku, dia seorang yang kelakar dan suka mengusik. Dia juga sangat pemurah dan suka membantu rakan-rakan yg dalam ksusahan. Semoga beliau terus kuat walaupun ditimpa dugaan sebegini. Amin.
No comments:
Post a Comment