Congrats B-I-L

Abg en.tangan telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat yang lepas, iaitu pada 11 Jun 2010 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1431. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja melalui PLUS, exit Simpang Ampat. Saya telah bersama-sama menyaksikan akad nikah tersebut di Kg. Masjid Tanah Melaka. Majlis akad nikah di Melaka lebih panjang daripada di Terengganu. Selain khutbah dan ikrar pengantin, bapa dan ibu pihak perempuan turut ada ikrarnya sendiri (ikrar ke? :P tok kadi cakap ikrar, saya taip je.. hehe). Begitu juga dengan lafaz akadnya. Malam akad nikah, ada majlis lagi. Tapi xsure dipanggil ape. Bukan majlis berinai atau khatam quran. Ala-ala nk sambut menantu, siap dengan pancutan bunga api. Meriah!

Esoknya majlis sambut menantu dengan tema berwarna biru. Barang hantaran pihak perempuan sangat simple but extra cantekkss. Suka tengok barang hantaran tersebut. Majlis sebelah pihak lelaki adalah pada 16 Jun 2010, hari Rabu (esokk~~~). Maka saya perlu naik bas pada malam ini untuk balik ke Besut. Saya cuti panjang sehingga 18 Jun. (Eceh, org lain yg kaween, saya yg sibuk nk cuti. haha.) Takkan lah saya nk balik putrajaya semata2 untuk bekerja pada hari Jumaat kan???. Maka saya dh rancang untuk pergi ke beberapa tempat menarik sempana cuti sekolah ni. Lokasi??? Rahsia. Kang xjadik pegi, wat malu jer.. ;P Lagi satu xsabar nk jumpe doremon kecik yg suka meragam. Isk. bestnye.. Dah lama xbalik ke Besut.

To my Brother-In-Law and her wife, Selamat Pengantin Baru. Hope both of u will appreciate each other and have a wonderful marriage life.


P/s: Selamat pengantin baru kepada Azyyati & Raslan. Hadiah dah stand-by, cume xtau derang balik ke Besut atau tak nanti.. Semoga bahagia ke akhir hayat. Amin.

No comments: