Sufiah dah makan.. yeayy

Sufiah fully bf sehingga umur 2 bulan setengah je. Selepas tu dah cmpur susu formula sbb xbuat stock susu n rasanya susu yg ada pon cukup2 je untuk dia. Walaupon dh mkn supplement, hasilnya masih kurang. Tp kalo mkn lobak putih, alhamdulillah rezeki sufiah bertambah. Cuma ada masalah nk keluarkan susu plak.. Sampai demam2 kalo susu xdpt dipam.

Sufiah masuk je 6 bulan, aku try bagi bubur nasi. Boleh plak dia tolak mentah2.. Sufiah2.. Next bagi lobak. Pon xnak jugak. Then try bagi biskot Milna Rusk. Makan la jugak sesuap.

Seterusnya bagi nestum beras merah. Amboii.. Mkn byk.. Suke tgk dia makan. Last week try bagi betik atas nasihat nurse masa checkup. Menjadik. Sufiah sangat sukakan betik. Lambat suap je menjerit. Haha.. Improvement!! Permah satu hari tu, aku tgh syok mkn mempelam. Dia tgk dengan mulut bunyik2 nk mkn gak. Kesian tgk dia asik mintak aku bg la rasa. Kali pertamacrasa buat muka. Kali ke 3 dia dah gigit dengan portion yg besar.. Waduh2.. Gigih nak mkn mempelam. Sib bek manis. Sakit perut umi xtau ye nak... Esoknya mase mkn kat luar, aku order mango juice. Ya ampun.. Itu pon dia minum xbrenti..

Pagi ni bagi kentang rebus campur susu. Menyembur- nyembur xnak makan. Xsukala tu.. Jumaat ni nk cuba suap pisang emas lak. Hopefully dia suka >.<

Masih belum cuba suapkan sufiah telur. Mungkin next week plaks ye sufiah.


Sembur kentang...

No comments: