Sewing: Sarung tilam & hippo

satu produk sebulan!! setakat ni tercapai sasaran bulanan (padahal br sebulan) :p . produk yang dh siap selepas sarung bantal adalah sarung tilam sufiah.

tara.....



Oleh kerana matlamat sebenar masih belum tercapai, dengan azam yang berkobar me telah menyertai free class / training anjuran brother pada 2.8.2012. FREE. Actually objektif class ni adalah utk familiarize student dgn machine brother. Bagus2. Hasil training adalah mr.hippo.



klas hanya diadakan pada hari khamis. sape nk join just call or email drg. maklumat lanjut bleh tgk wesite mereka. masa training tu, boleh plak lupa nk bli terus presser foot yang dh aim sebelum ni. adusss. gara2 nk kejar balik ke putrajaya dr pj. kuar klass kul 430. sib bek siap awal hippo ni. smpai rumah kul 615. sempat la masak utk berbuka.

p/s: dalam proses menyiapkan baju kurung sufiah. wink wink. xpernah buat. skg tgh menghadapi saat2 sukar.. antaranya saiz leher yg kecik. pesak pendek. haha. semoga menjadikla baju anak umi ni.. ;p

No comments: