Mood

Setelah sekian lama xupdate blog, tetiba arini rase nk menulis selepas subuh. jarang mood nk menulis dtg ditambah dgn kesibukan menguruskan rumah serta bekerja. banyak perkara yang boleh diceritakan tapi biarlah semuanye tersemat di dlm diri ini sahaja. hihi.

Sufiah

sufiah dah 2 tahun pada 23 july 2013, iaitu seminggu yang lalu. disebabkan birthday dia jatuh pada bulan ramadhan, kitorg xcelebrate pun. just bli a slice of cake utk dia tiup lilin je. haha.

sufiah jugak dh betul2 wean off sebulan lepas. mmg sengaja awalkan sebb xnak dia menyusu lebih 2 tahun. its a hard process but alhamdulillah berjaya. so umi dia pon gembira jugak sbb anak dh xattach selalu, dan dah boleh buat byk kerja lain. < gelak jahat>

sufiah senang giler nak tdo. biasanye dia yang akan ajak tdo kalo dia mengantok. sgt comel. dia tarik tangan suh masuk bilik smbil ckp 'nak tiddo. nak tiddo'. just siapkan susu botol n lepas minum terus dia tdo. cuma kena temankan dia je. ada juga time2 yang dia susah tdo sbb nak main atau selsema.

gigi sufiah dah berlubang kat depan. padahal xajar dia makan coklat atau jajan. dah pernah bawak jumpe doktor gigi. menangis2 dia. kitorg belikan jugak dia ubat yg boleh sapu kat gigi based on yg klinik guna. tapi biasanye dia demam kalo guna ubat tu. kena bg waktu siang je. gigi belum penuh tapi dh rosak. kesian anak umi.

sufiah dh pandai bercakap.sometimes kitorg xtau pon dr mana dia pandai cakap word tu. contohnya semalam masa bukak puasa makan limau. tetiba dia ckp masam smbil muka berkerut kerut. selain perkataan nk tdo, antara perkataan lain yg dia boleh sebut: eat, jom jom, bless, nose (bila selsema), head, ikey oss (mickey mouse), pin pin (upin ipin), boboiboy, angry birds, birds, horse. dia boleh sebut walid tapi dia xpanggil walid kat ayah dia. dia guna perkataan dadak. kitorg pon xtau mana dia dpt perkataan tu.. mungkin jugak sbb skolah dia guna medium english tapi bapaknye ckp melayu. so dia combine perkataan. so kesimpulan utk panggilan dadak = daddy + bapak. hahaha.

rumah

en tau dh pindah ke putrajaya since jan. sebelum ni mmg kuaters kami adelah kosong sebb xsempat pon nk shopping beli perabot. bayangkan jela dia dtg sini jumaat n sabtu. jumaat i kijo, so hari sabtu je boleh kuar bersama. itu pon mmg dh allocate utk grocerries day. huhu.mesti org ingt kitorg miskin giler smpai xleh beli perabot. sejak dia pindah, ade la perabot dlm rumah ni seperti almari buku, meja, n sofa. kalo x, mmg xleh jemput org dtg. haha.

aku jugak baru perasan yg mood aku sgt bergantung pada kebersihan rumah. haha. kalo rumah bersih, otak rase tenang sgt. dengan automatik mood akan jadi sgt baik dan akan senyum sepanjang hari. oleh yang demikian, i is wajib utk jaga kebersihan rumah. kena mop lantai selalu n vacum carpet. halangan utama: habuk n sufiah sebb dia akan sepahkan rumah setiap masa. tapi skg dia dh behave :). sediakan satu meja dgn pensil warna n dia akan duk diam. mainan juga dah letak dlm bilik biar dia xsepahkan merata2. semua barang yang ada possibility utk disepahkan akan disimpan tinggi. hasilnya adalah rumah akan kurang berselerak dan mood akan sentiasa baik.

No comments: