Kisah kami sekeluarga bercuti di London
29 Julai 2015
Kemas barang2 dan final check luggage. Readykan passport dan tiket. Semua online ticket dan hotel booking dh print sesiap.Makanan Brahim dan megi dh siap pack. Bawa satu steamer kecik untuk masak nasi dan lauk. Ubat-ubatan tidak dilupa in case sakit perut dan sakit kaki. Final: satu luggage 24 kilo bersaiz 28, dan satu beg hiking. Beg hiking ni isi pampers, susu serbuk anak, selimut, sock dan baju sejuk. Stroller untuk si kecik xbawak.
30 Julai 2015
Flight MAS dari KL - Heathrow Airport (London) dijadualkan jam 9.50 pagi pada 30 July 2015. Awal-awal pagi lepas subuh adik iols tolong hantar ke Putrajaya Sentral. then kitorg naik ERL ke KLIA. Alhamdulillah. Pagi tu smooth je perjalanan weols ke KLIA. Flight pon xdelay. Kitorg lepak2 kejap kat cafe sebelum berlepas. Sufiah excited!!
Airbus 380 membawa weols ke London. Besar. 2 tingkat tapi xramai orang naik mase tu. So Flight Attendance bg chance kitorg tukar2 tempat duduk bagai. Bayangkan xde orang smpai 3 kerusi tu sorg penumpang je conquer untuk tido.. Tempat kitorg kat tepi cabin sediakan makanan, so agak distracted tapi senang la nk mintak air untuk buat susu sufiah bagai. Meal in flight bg aku ok la.. Honestly child meal lagi sedap dari makanan dewasa. hahaha.. mungkin selera tekak orang mengandung. 14 jam dalam tu rase lama giler. 2-3 movie gak habis. tido lagi.. tapi xsmpai2. kulit dan bibir pon dh kering giler. 4 jam sebelum sampai en.TAU dah menunjukkan tanda2 xsihat. Bersin dan perot dia xsedap. mungkin kembong. Steward suh jalan2 nk suh kuarkan angin.. Bertabahlah sebelum landing.. Yang klakonye sufiah bleh plak terkencing atas kerusi... Terpaksalah iols lap dan jadikan shawl sebagai skirt instant. kikikiki..
Smpai kat Heathrow Airport jam 4 petang. Xdela strict sgt seperti yang digembar gemburkan. Tapi mmg efficient. Kitorg kuar imigresen, beg dah sedia menanti. Pantas drg buat kerja. Memula xtau nk pergi mana. Pengembaraan pun bermula. Kitorg main kuar je pintu tunggu bas nk ke Ibis Heathrow. Sekali bukan. Kitorg kena kuar dari teminal 4 ke terminal 2 + 3, dan amik bas dari situ untuk free bus ke Hotel sekitar airport. Nombor bus xingt. Nnti korg tanye la information counter.
Pemandu bas baik hati bgtau suh turun kat tempat kitorg kena turun. Mmg berbudi bahasa org London ni. Turun bas, kena jalan sikit untuk ke Ibis Heathrow. Alhamdulillah. Smpai jugak kitorg kat hotel. Selesai urusan check in, kitorg naik bilik. Rehat2 kejap, kitorg amik keputusan gi bli makanan seperti buah dan susu. Tanye direction from receptionist hotel. Dia cakap 10 minit je utk ke Tesco Express. Kitorg pon jalan la amik angin. Jumpe ladang gandum. Mmg weather kat London best. Sejuk walaupun summer. Tapi dah lebih 10 minit jalan, xsmpai2. kitorg pon was-was awat xsampai2.. oh myyyyyyy.. 10 minit bagi drg mungkin sama ngan setengah jam bg kita. Drg jalan laju dan langkah besar. Akhirnya sampai jugak dan aku rase jauh gilerrrrrr kot. Buah dan susu mmg murah. Kitorg tapau gak roti dan chips untuk makan pagi. then balik.. super jauh berjalan. then rest smpai pagi. Nasebla kitorg tempah hotel dekat je. So dapatla rehat awal.
31 Julai 2015
Sepatutnya pagi ni weols sewa kereta pergi melawat stonehenge. Tapi pagi tu En.TAU xlarat. Selsema teruk. Dia claim demam.. Mungkin jetlag. So around 11 baru checkout dan ke Heathrow Terminal 2 + 3 balik untuk naik underground ke London City. Weols beli Oyster Card yang berkonsep touch&go. Tapi kitorg postponed tgk London city sbb mls nk carry luggage n decide pergi letak beg dulu kat Ibis Barking. Dh smpai Barking, lif xboleh guna so kena naik tangga. Bawakla barang2 berat tu naik. Wallaaaaa.. Tambah sakit la En.Tau. Ingatkan dekat je Hotel sekali kena jalan jauh.. fuhhhh... penat keliling tapi xjumpe hotel. Last skali jumpe gak ngan bantuan pakistan muslim kat sana. Check-in kul 2. kitorg smpai awal sejam. So tunggu je la smbil rehat dan tanye receptionist jalan paling cepat gi underground. As usual receptionist tu claim jalan 10 minit je nk ke underground. Tapi kitorg amik masa smpai 20-30 minit berjalan nk ke sana. So kalo drg cakap 10 minit, gandakan lah 2 or 3 kali lagi. HAhahaha.
Barking ni tempat muslim. Mostly makanan kat sini halal. KFC pun halal. Kedai daging mentah pun halal. Kesimpulannya kat sini mmg tempat komuniti Islam. So kitorg xde masalah untuk makan kat sini. Buah pun murah. 1 Pound bleh dapat 1 bakul buah. Murah benor. Makanan pon murah. Nasi + ayam separuh, average dlm 5 pound. Ade je yang harga smpai 8 pound. Ayam grill seekor + nasi + salad + air baru 10 pound. Tapi tempat ni jauh dari London City. Naik underground dari london dalam 45 minutes baru smpai sini.
Kul 4 kitorg kuar gi Oxford Street cari barang and shopping. Dari Victoria Station, kitorg naik bas ke Marble Arch. Sebelum tu tanye kat satu kedai kat situ. DIa cakap jalan 10 minit je untuk smpai Marble Arch. Kitorg xsanggup dah jalan. Mmg tepat keputusan naik bas sbb jauh jugak dari Victoria Station ke MArble Arch. Dari Marble Arch bleh nmpak London Eye. Bus + underground bleh guna Oyster Card. So senang untuk berjalan. Kitorg cari Mothercare untuk shopping barang2 baby, bli barang2 avent yg tgh sale dan bli stroller untuk Sufiah. En.TAU xlarat nk dukung budak 18kg ni. Hahaha. (Please note walaupun iols beli stroller, jangan sangka kat sini senang berjalan kalo bawak stroller. Most underground xde lift or tangga bergerak. Kena angkut pakai tangga). Then pergi pharmacist cari lotion E45 + lip balm. Singgah Clarks untuk beli kasut tapi xberkenan. Org cakap Clarks kat sini cantik dan byk design. Tapi maapla xkena taste iols. Masuk gak kat H&M cari maternity jeans. Tapi xde saiz. Last skali singgah Primark. En.TAU tapau 2 helai jeans untuk dia and ayah dia. Enough shopping, kitorg pon balik. Tapau food untuk dinner then balik hotel.
1 Ogos 2015
Shopping selesai.. berjalan2 plak tgk London City. 1st stop kat London Bridge. Akibat xstudy bebetul, kitorg brenti kat station Monument. So kena jalan jauh untuk ke London Bridge. Sepatutnya kena brenti kat Tower Hill station. Kuar2 je akan nmpak London Bridge. Hehe.. Dh smpai London Bridge kitorg rehat2 jap.. Makan roti dan ambik2 gambo.. Thghari baru gerak plak pergi Big Ben. Sila brenti kat station Westminster. Ramai giler tourist kat big ben. Kitorg jalan2 sekitar kejap then amik keputusan pi London Mosque. Amik underground brenti kat Baker Street. Dari sini kena jalan kaki pi mosque. xtau nak naik bas ape. Dalam google map nmpak dekat je, tapi jauh jugak menapak sebb kitorg guna laluan jauh. Hahaha.. Ikut google map punye pasal. Ade je jalan straight nk pergi mosque. hampes betol kitorg ni. Dh smpai masjid, kitorg brenti lunch n solat dulu. Rehat2 n bg sufiah main. Kat mosque ni ade nasi. sedap. baru 3.90 pound. Murah.. Jalan balik dah cerdik sikit. Hahaha.
2 Ogos 2015
Last day in London. Kitorg decide jalan2 sekitar Barking. Makan2, jalan2 kat market and cari buah. Around 12 checkout dan ke Victoria Station. Kitorg kena caj 8 pound untuk taxi dr Ibis Barking ke underground. Hampeh tol pakcik ni sebb standard 5 pound je. Kitorg mintak kurang dapat la 7 pound.
Bas kitorg ke Brussels kul 9.30 malam. So kitorg menunggu je la kat London Voctoria Coach Station untuk check in. Station bus ni bg iols kecik. Bus plak Free Seat. Lagi canggih Malaysia kalo mcm ni. Seat pun kecik. Bas padat. Ohhh myyyy mmg sakit belakang duduk dalam bas ni. Nasib baik aku naik awal dan cop tempat so dapatla duk dekat kami anak beranak. Bas ni akan brenti kat Dover untuk cop Passport. Then bas akan naik feri selama sejam. Masa bas dalam feri, penumpang kena turun dari bas dan naik atas. Sempat la iols tido dalam feri tu.
p/S: Untuk return Oyster Card, pergi je mana-mana station underground. Kat situ akan ade kaunter or mesin untuk refund balik duit lebihan dan 5 pound yang dibayar masa mula2 beli. Kat Victoria Coach Station xde ye... And kalo bli barang jangan lupa request untuk claim VAT. Drg akan bg satu resit dan form untuk korang isi. Make sure org kedai sign form tu.
Next cerita kat Brussels dan Brugge plak. Bye Bye London. Say hi to Belgium.
No comments:
Post a Comment